Riwayat hidup Tun Seri Lanang
Tun Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tun Seri Lanang telah
dilahirkan dalam tahun 1565M di Seluyut, Johor Lama. Di Johor Lama beliau telah
dilantik sebagai bendahara kepada dua sultan iaitu Sultan Ali Jalla Abdul Jalil
Shah II tahun 1570M hingga 1597M dan Sultan Alauddin Shah III tahun 1597M
hingga 1612M. Pada Mei 1612M, Tun Seri Lanang telah menerima titah raja Abdullah
atau Yang dipertuan di Hilir untuk mengarang Sulalatus Salatin iaitu semasa
Raja Abdullah bersemayam di Pasir Raja atau dikenali Pekan Tua. Semenjak
tahun 1613M, Sultan Aceh Darusssalam yang terkenal iaitu Sultan Iskandar Muda
Mahkota Alam (1607-1636M) telah membuat serangan ke atas banyak negeri-negeri
Melayu termasuk Johor Lama, Pahang Lama, Perak dan kerajaan-kerajaan lainnya, dibuat sebagai strategi Sultan
Iskandar Muda untuk menghambat pengaruh dan kuasa Portugis dari kepulauan
Melayu serta meluaskan kepentingan kerajaannya yang besar.
Antara peristiwa yang telah
berlaku ialah peristiwa Perang Batu
Sawar yang melibatkan serangan tentera Aceh ke atas ibukota Kesultanan Johor
Lama. Selesai
berperang, Sultan Johor iaitu Sultan Alauddin, Raja Abdullah, Bendahara Tun
Seri Lanang, panglima serta orang-orang besar Johor telah ditawan dan dibawa
balik ke negeri Aceh. Sultan
Johor kemudiannya telah pulang ke Johor sementara Tun Seri Lanang terus tinggal
di Aceh sehingga masa kemangkatannya. Pada 1613M sultan Iskandar Muda Mahkota
Alam telah melantik Tun Seri Lanang sebagai Uleebalang Kenegerian Samalanga,
yang bersifat pemerintah otonomi dalam sebuah jajahan Kesultanan Aceh. Di
samping itu, beliau
telah dilantik sebagai penasihat kepada tiga sultan Aceh iaitu Sultan Iskandar
Muda (1607-1636M), Sultan Iskandar Thani (1636-1641M), dan Sultanah Tajul Alam
Safiatuddin Shah (1641-1675M). Di Acheh, Tun Seri Lanang turut digelar Orang
Kaya Dato’ Bendahara Seri Paduka Tun Seberang.
Pada 1659M, Tun Seri
Lanang telah meninggal dunia di Samalanga, Aceh dan zuriatnya berterusan
menjadi pemeritah otonomi di sana manakala sebahagian zuriatnya kembali ke
Johor lalu ditakdirkan menjadi Raja-raja Melayu khususnya di Pahang, Terengganu
dan Johor Moden sehingga ke hari ini. Makam Tun Seri Lanang telah dipugar dan
dijaga oleh pihak berkuasa di Samalanga dan sentiasa dikunjungi oleh peminat
dan pengkaji sejarah, khususnya dari Malaysia dan Indonesia.
Peranan dan Sumbangan Tun Seri Lanang
Peranan Tun Seri Lanang semasa hayatnya ialah beliau telah menjadi
bendahara kepada dua Sultan kerajaan Johor Lama. Pada 1570M hingga 1597M,
beliau telah menjadi bendahara di bawah pemerintahan Sultan Ali Jalil Shah II
manakala pada 1597M hingga 1615M, beliau telah menjadi bendahara di bawah
pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah III.
Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad atau Tun Seri Lanang merupakan
tokoh pengarang dan pujangga yang terkenal dalam penghasilan buku sejarah
mahupun panduan adat istiadat dalam peradaban, kebudayaan serta sistem
pemerintahan Melayu. Dalam kepengarangannya, beliau, masyarakat terdedah dengan
ilmu-ilmu yang mampu mendidik masyarakat memiliki jati diri yang tinggi. Beliau
telah bertanggungjawab dengan mengembangkan agama islam di Semenanjung Melayu
hingga ke tanah seberang ketika diberi kepercayaan memerintah Samalanga, Aceh,
Indonesia pada tahun 1645M. Penyebaran agama Islam telah berlaku dengan luas
dalam tempoh pemerintahan beliau di Aceh.
Selepas peristiwa Perang Batu Sawar antara tentera Aceh dengan
Kesultanan Johor Lama, Sultan Johor iaitu Sultan Alauddin, Raja Abdullah,
Bendahara Tun Seri Lanang, panglima serta orang-orang besar telah ditawan dan
dibawa ke Aceh. Selepas ditawan, Sultan Johor pulang ke Johor, manakala Tun
Seri Lanang menetap di Aceh dan telah dilantik oleh Sultan Iskandar Muda
Mahkota Alam sebagai Uleebalang Kenegerian Samalangga. Semasa pemerintahan
beliau sebagai seorang Uleebalang yang digelar Paduka Raja Samalangga, beliau
bersifat pemerintah autonomi dalam sebuah jajahan Kesultanan Aceh dan disenangi
oleh Kesultanan Aceh.
Semasa Tun Seri Lanang menetap di
Aceh, beliau telah mendapat tempat di hati Sultan Aceh. Buktinya, beliau telah
dilantik sebagai penasihat kepada tiga orang Sultan Aceh iaitu Sultan Iskandar Muda
(1607-1636M), Sultan Iskandar Thani (1636-1641M), dan Sultanah Tajul Alam
Safiatuddin Shah (1641-1675M). Semasa di Acheh, Tun Seri Lanang turut digelar
Orang Kaya Dato’ Bendahara Seri Paduka Tun Seberang.
Pada Mei 1612M, Tun Seri Lanang
telah menerima titah Raja Abdullah supaya mengarang Sulalatus Salatin. Selepas
menerima titah daripada Raja Abdullah, Tun Seri Lanang memulakan penulisan
kitab Sulalatus Salatin di Batu Sawar, Kesultanan Johor Lama dalam tahun 1612M.
Penulisan kitab Sulalatus Salatin dikarang disebabkan beberapa faktor. Antara
faktor penghasilan kitab sulalatus Salatin ialah untuk mengangkat kedudukan dan
sejarah silam raja-raja Melaka di samping mengagungkan kebesaran dan
kecemerlangan raja-raja dan kerajaan Melaka. Selain itu, Sulalatus Salatin
turut dihasilkan dengan tujuan menggambarkan kebesaran sebuah dinasti raja-raja
Melayu yang bermula dari zaman Raja Iskandar Syah di awal abad ke-15 hinggalah
zaman pemerintahan sultan Alau’d-Din Riayat Syah III di awal abad ke-17.
Seterusnya, Sulalatus Salatin juga dihasilkan untuk kegunaan istana(istana
centri) dan kegunaan orang-orang bangsawan Melayu sebagai rujukan pada masa
akan datang serta dijadikan satu wadah bagi merakamkan kebesaran, ketinggian
dan kegemilangan sesebuah negara kota atau kerajaan Melayu seperti kerajaan
Pasai dan Singapura selain Melaka. Di samping itu juga, penghasilannya adalah
untuk memperlihatkan kepada bangsa lain akan kebesaran bangsa Melayu sendiri.
Terima kasih atas info.
BalasPadam