Rabu, 24 April 2013

Etimologi Melayu


Menurut Kamus Dewan (2007: 402) etimologi dapat didefinisikan sebagai cabang ilmu linguistik yang mengkaji asal usul perkembangan sesuatu kata. Terdapat beberapa pendapat mengenai asal perkataan Melayu. Antaranya ialah perkataan Melayu berasal daripada perkataan Malaya, iaitu kependekan hima alaya. Kata Alaya  bermaksud tempat manakala hima alaya  bermaksud  tempat bersalji. Selain itu, perkataan Melayu juga berasal daripada perkataan Malayapura yang bermaksud kota Melayu atau kerajaan Melayu.
Asal perkataan Melayu juga dikatakan diambil daripada perkataan bahasa Jawa kuno, mlayu yang bermaksud mengembara atau pergi ke mana-mana. Perkataan ini juga dikatakan berasal daripada nama sebatang sungai, iaitu Sungai Melayu yang disebut dalam buku Sejarah Melayu. Manakala Van der Tuuk, mendefinisikan perkataan Melayu bererti menyeberang, iaitu merujuk kepada orang Melayu yang menyeberang atau menukar agama daripada agama Hindu-Buddha kepada Islam.



1 ulasan:

  1. CASINO HOTEL, LONDON (AP) - Mapyro
    Welcome to CASINO HOTEL, LONDON, United Kingdom, and look forward to a 광명 출장샵 pleasant 서울특별 출장안마 weekend. Take 제천 출장안마 advantage of our great offers 밀양 출장마사지 and promotions. 남원 출장안마

    BalasPadam