Selasa, 23 April 2013

Definisi Melayu


Terdapat beberapa pandangan mengenai definisi awal istilah Melayu. berikut merupakan pandangan daripada beberapa orang tokoh, iaitu M. Ptolemy yang telah menggunakan istilah maleu-kolon dalam karyanya yang berjudul Geographike Sintaxis bagi merujuk kepada orang Melayu. Kedua, Kitab Hindu Purba yang berjudul Purana terdapat perkataan malaya-dvipa. Ketiga ialah catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu telah mengirimkan utusan ke negara China bagi mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi. Disamping itu, satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi, iaitu Kerajaan Melayu di Sungai Batang dan Kerajaan Sriwijaya di Palembang.

            Seterusnya ialah catatan yang terkandung dalam kesusasteraan China yang menyatakan bahawa pengembara  yang singgah di Nusantara mendapati bahasa yang dituturkan penduduk di situ ialah bahasa K’un-lun. Bahasa ini dipercayai sebagai bahasa Melayu kuno. Kemudian, penemuan sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari yang bertarikh 1286 M dengan catatan perkataan “Malaya” atau “Melayu” pada bahagian belakangnya.  Selain itu, buku Sejarah Melayu mengaitkan perkataan Melayu dengan nama sebatang sebatang sungai yang deras alirannya, iaitu Sungai Melayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan